Kami sekeluarga tahun ini beraya di Kluang. Raya haji belah2 kita ni sari aje kan...jadi kami balik -+ jam 8 malam dari Melaka - sepanjang high-way, banyak kenderaan...alamak macam tak smooth jugak berjalan malam ni...Orang tua pun tak berapa sihat - sihat2 orang tua la...seronok duduk kat rumah sendiri. Jadi tahun ni, kami buat keputusan balik Kluang.
Lepas Jumaat tadi kami dah balik semula ke sini - esok nak ke Subang Jaya pulak, sebab anak kami sorang tak balik kerana prepare nak exam next week. Tak ape la, ni lah berkorban namanya.
Lupa nak beritahu - Sunday 22hb, kami telah pergi ke Mersing singgah dan berjumpa kerumah Wahab. Wahab tolong booking Seri Malaysia kerana kami ada urusan hari Isnin di Pejabat Tanah Mersing. Kita tidak tau bila akan dapat bertemu lagi....harap2 dalam usia2 yang semakin menjangkau ke separuh abad ni, sekiranya berpeluang berjumpa lagi , mudah2an kita dapat dipertemukan lagi. Apa program lagi? Datang ke rumah kami....
On the way ke Tol Ayer Hitam tadi - berlaku satu accident - habis ranap 5 buah kereta di trafik light. Agaknya kereta depan dah slow down nak berhenti lampu merah, yang belakang ada 4 buah nak pecut - habis berlanggar berdentum2 gamaknya....

Sampai sini dulu, salam aidil adha untuk semua rakan sri mersing
yang seangkatan dan sewaktu dengannya....
yang seangkatan dan sewaktu dengannya....

2 comments:
Anonymous said...
Asalmualaikum,lama benar kita sibuk ngan kerja,keluarga,sanak saudara,jiran2 ,khenduri kawin,cuti2 makan angin,hariraya dan sebagainya,rasa tah terlambat saya ucapkan maal hijrah dan tahun baru masehi yg lagi satu hari lagi,maaf dipinta jika ada keslahan yang tak saya sedari dari mula blog ni dipekenalkan iaitu dari Zul Kassim lagi sampailah sekarang,semuga pada tahun mendatang ini bertambah2lah tekad kita untuk beramal untuk dunia dan akirat disamping murah rezeki amin yarabalalamin.....
Ibrahim
Anonymous said...
Nampaknya masih lagi geng2 kita sibuk hanya baca je komen2 dan malas atau penat nak ketuk keyboard almaklumlah ari ni anak2 dah mula sekolah ataupun daftar masuk asrama sekolah atau pun kolej,universiti,baru2 ni ada jumpa Nazari di Balakong...apa macam Wati bolehlah buat balik gathering,buat kecil2an macam hari tu...yang sibuk tak yah lah kacau...yang dah pencen bolehlah...tapi onkos dah melimpah ruah tuu
ibrahim