Kami sekeluarga tahun ini beraya di Kluang. Raya haji belah2 kita ni sari aje kan...jadi kami balik -+ jam 8 malam dari Melaka - sepanjang high-way, banyak kenderaan...alamak macam tak smooth jugak berjalan malam ni...Orang tua pun tak berapa sihat - sihat2 orang tua la...seronok duduk kat rumah sendiri. Jadi tahun ni, kami buat keputusan balik Kluang.

Lepas Jumaat tadi kami dah balik semula ke sini - esok nak ke Subang Jaya pulak, sebab anak kami sorang tak balik kerana prepare nak exam next week. Tak ape la, ni lah berkorban namanya.

Lupa nak beritahu - Sunday 22hb, kami telah pergi ke Mersing singgah dan berjumpa kerumah Wahab. Wahab tolong booking Seri Malaysia kerana kami ada urusan hari Isnin di Pejabat Tanah Mersing. Kita tidak tau bila akan dapat bertemu lagi....harap2 dalam usia2 yang semakin menjangkau ke separuh abad ni, sekiranya berpeluang berjumpa lagi , mudah2an kita dapat dipertemukan lagi. Apa program lagi? Datang ke rumah kami....

On the way ke Tol Ayer Hitam tadi - berlaku satu accident - habis ranap 5 buah kereta di trafik light. Agaknya kereta depan dah slow down nak berhenti lampu merah, yang belakang ada 4 buah nak pecut - habis berlanggar berdentum2 gamaknya....

Ni satu kereta yang habis remuk....



tatau la apa jadi kepada semua ahli dalam kereta2 tu.....


Sampai sini dulu, salam aidil adha untuk semua rakan sri mersing
yang seangkatan dan sewaktu dengannya....




A good reminder to all of us...


Lokasi :

Di trafic light depan SM Sains Muzaffar Shah ( high-way ) - lampu merah -semua kenderaan berhenti - patuh undang2 jalan raya....

Masa :

Dah dekat pukul 5 petang , sebab aku baru balik dari bank settle duit kereta...
Aku :turut sama berhenti belakang sebuah kereta -aku berhenti tengah2 ( ada 3 lane ) - kiri kanan aku ada kereta jugak,belakang aku pun aku notis ade kereta....dalam kepala aku, berangan2 nak terus ke Jusco - nak beli ABC...

Tiba2....KETUKAN kuat ...

Baca lagi